Self-cooked

Self-cooked

Featuring Delihayat Kitchen, Kg Pondok Batang, Kampung Pondok Batang, Dataran Merdeka, Istana Hinggap, Semenyih, Kg. Pondok Batang, Nyalas, Semenyih
Norhayati Omar
Norhayati Omar

GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS

400ml santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai ~ di titik
1 keping asam keping
3 sudu besar budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara;
Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing. Tambahkan air jika kuah terlalu kering. Kemudian masukkan santan
Biarkan ia merenih sebentar sambil di kacau supaya santan tak pecah minyak, masukkan asam keping, budu dan gula melaka. Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa. Biarkan kuah pekat.

Bahan;
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan

Cara2nya
- Masukkn semua bahan2 kedalam mangkuk besar kecuali kapur mkn..gaul sampai sebati dan gula larut.. tapis adunan...
- Campurkn kapur mkn dengan 3 sudu mkn air.. masukkn kedlm adunan yg telah di tapis tadi..kacau hingga kapur sebati.. sapukan acuan dengan minyak masak..tuangkn adunan kedlm loyang tadi.. kukus selama 30 minit.. pastikn air kukusan mendidih baru kukus..balut penutup kukus dengan kain mengelakkn air menitik keatas kuih.

~SELAMAT MENCUBA~

Bahan :
-Untuk terung
3 biji Terung
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak zaitun.Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend,masukkan sos cili ,bawang besar dan garam serta gula,akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit.ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan ,senang hehehe macam gambar kat bawah,grill la stakat mana kita mahu,tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe.

Bahan-bahannya :

1. 3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
2. Cili merah - 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
3. Bawang merah - 6 biji
4. Bawang putih - 4 biji
5. Bawang besar - Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
6. Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
7. Sedikit gula dan garam

#Bahan-bahan ini boleh disesuaikan banyaknya mengikut banyak mana terung yang dimasak. Practice and adjust will make perfect, insyaallah.

Cara Memasaknya :

Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya. Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.

Dengan menggunakan minyak yang sama, kita bolehlah menumis bahan-bahan lain. Kalau minyak banyak, keluarkan dahulu sebahagian. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering).

Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis/ ikan bilis dan bawang besar. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan dan masakan anda sudahpun selesai. Bolehlah dihidangkan buat keluarga tersayang.

Bahan;
- 500g tpg gandum
- 2 helai daun kunyit (hiris halus)
- Segenggam bilis
- 1-1/2 labu bawang besar (potong dadu)
- 1 biji cili mera (belah 4 dan hiris)
- Garam secukup rasa
- Air panas menggrlegak
- Minyak utk menggoreng

Cara;
- Sedikit bilis dan 1/2 labu bawang besar ditumbuk halus. Satukan tepung, daun kunyit, bawang dadu + bawang hiris, cili dan bilis, garam. Gaul rata terlebih dahulu.
- Curahkan air panas secukupnya (gunakan senduk kayu), gaul rata. Adunan sepatutnya pekat dan mudah dibentuk.
- Panaskan minyak dan goreng.

What To Read Next

Deals This Labour Day and Polling Day
Deals This Labour Day and Polling Day Redemption of most Burpple Beyond deals will be locked from 5pm on the 30th April until 1st May 2025 and 5pm on 2nd May until 3rd May 2025 , but over 30 of our merchants are still offering great deals you can enjoy to celebrate!
Burpple
Deals This Good Friday
Deals This Good Friday Redemption of most Burpple Beyond deals will be locked from 5pm on the 17th April until 18th April 2025, but over 30 of our merchants are still offering great deals you can enjoy to celebrate!
Burpple
Deals This Chinese New Year
Deals This Chinese New Year Redemption of most Burpple Beyond deals will be locked from 5pm on the 28th January until 30th January 2025, but over 30 of our merchants are still offering great deals you can enjoy to celebrate!
Burpple
Deals This Christmas
Deals This Christmas Redemption of most Burpple Beyond deals will be locked from 5pm on the 24th December until 25th December 2024, but over 20 of our merchants are still offering great deals you can enjoy to celebrate!
Burpple
ADVERTISE WITH US
ADVERTISE WITH US